doa untuk kekasih

Read With Your Language

Sabtu, 6 Oktober 2012

Kuliah : Khusyuk Dalam Solat

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Sedikit pekongsian Kuliah Maghrib Masjid Sultan Azlan Shah Ipoh ..

Penceramah ~ Ustaz Wan Mohd Hafiz

Tajuk ~ Khusyuk Dalam Solat




- ada individu yg hanya pentingkan penampilan ketika solat..

- ada juga yang tidak sedar apa yang dia bacakan ketika solat..

- sebut takbir ALLAH HU AKHBAR.. hati sebut ALLAH MAHA BESAR..

- kene hayati setiap sebutan yang di lafazkan.. Fahami semua maksudnya..

- paling tidak memahami rukun..

- sentiasa mengharapkan solat2 kita ini diterima Allah s.w.t

- apabila solat , kita ibarat berdiri didepan Allah s.w.t ..

- hilangkan sifat sombong di dalam solat..

- sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengetahui .. Dan Dia tahu apakah yang dilakukan oleh insan tersebut ketika solat .. Di luar dan di dalam hati..

- kita harus mengambarkan ketika azan dilaungkan ibarat Malaikat Israfil meniup sangka kala.. Ketika itulah kita harus bersedia utk mengerjakan solat..
:: Imam Ghazali ::

- sesungguhnya melangkahkan kaki ke masjid lebih mudah dari melangkahkan kaki ke Padang Masyar..

- sesiapa yang mendengar azan lalu dia malas untuk ke masjid.. Begitu jugalah bila kita dibangkitkan dari kubur dengan keadaan malas..

- org paling cerdik dan bijak ialah org yang sentiasa mengingati mati..
HADIS RASULULLAH s.a.w

- rasa gerun dan takutkan Allah inilah yang akan menghindar kan kita dari pengkara2 mungkar..

- sebaliknya ia mengalakan kita melakukan pekara2 baik dan amal soleh..

- kekotoran hati juga harus dibersihkan ketika solat.

- jika kita mengambil wuduk.. Jgn lupa hati pun perlu dibasuh juga.. Iaitu taubat..

- berdiri solat di hadapan Allah s.w.t dengan penuh hina dan rendah diri..

- kita harus mencontohi tentera yang sedang menerima arahan dari ketuanya iaitu berdiri tegak dan menuggu arahan mengikut tertib yang kemas..

- bahaya lalai ketika melafazkan takbiratul ihram.. Sekiranya di dalam hati ada sesuatu yang sedang dihitungkan iaitu ke arah duniawi.. Maka sesunguhnya dia itu sudah lalai dalam mengingati Allah s.w.t

- tujuan mendirikan solat tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengingati Allah semata mata

- sebab itu la setiap sebutan dan perbuatan ketika solat harus sentiasa mengingati Allah s.w.t

- sebelum tidur.. Sebelum lelapkan mata.. Muhasabah diri.. Mudah mudahan dosa2 kita di ampuni Allah .. Mintak ampun.. Beristigfar.. Takut lelap itu merupakan lelap yang terakhir..

Wallahualam ..


Sumber : Tengku Yusuff



✐ Tiada rupa seindah AKHLAK,
✐ Tiada hati seindah IMAN,
✐ Tiada hidup seindah ISLAM,
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan