doa untuk kekasih

Read With Your Language

Isnin, 6 Ogos 2012

Adab Bersin



  ♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥






Dipetik sebahagiannya dari: (klik untuk bacaan lanjut)

Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:

“Apabila salah seorang daripada kamu sekalian bersin, maka hendaklah dia mengucapkan: ”Alhamdulillah الحمدلله” (Segala pujian untuk ALLAH).

Dan bagi saudara atau kawannya hendaklah mengucapkan: ”yarhamukallah يَرْحَمُكَ الله” (semoga ALLAH merahmati kamu).

Apabila ada orang mengucapkan "yarhamukallah", maka orang yang bersin itu hendaklah mengucapkan: ”yahdikumullahu wa yuslihu baalakum ْيَهْدِيكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُم” (semoga ALLAH memberi petunjuk dan membaikkan kamu).”

(HR al-Bukhari)
















✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Ahad, 5 Ogos 2012

❤LAILATUL QADR❤

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Semua pasti tahu apa malam Lailatul Qadar itu dan mengetahui keutamaan malam Lailatul Qadar? Malam Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan, dimana Al-Qur'an diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan pada malam tersebut, malaikat Jibril dan para malaikat-malaikat turun untuk mengatur segala urusannya dengan izin dari Allah SWT. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar.


Lalu bila malam Lailatul Qadar itu? Dan apa tanda-tanda datangnya malam Lailatul Qadar? Malam al-Qadr adalah malam yang istimewa, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya: 
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)



Tanda-tanda malam Lailatul Qadar akan datang

1. Udara dan angin sekitar terasa tenang, malam penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.
2. Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia juga merasakan ketenangan dalam beribadah yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
3. Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
4. Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan cerah, tidak ada sinar.
5. Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatul Qadar, mereka melihat nur yang terang benderang di seluruh tempat yang gelap gelita.

Di Malam Mana Berlakunya Lailatul-Qadr?
Ada beberapa pendapat dari para ulama dalam menentukan malam yang mulai ini.Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh satu, ada pula yang mengatakan bahawa ia adalah malam kedua puluh tiga, ada yang berpendapat malam kedua puluh lima, dan ada yang berkata ia berlaku pada malam kedua puluh sembilan, serta ada yang mengatakan bahawa ia berpindah-pindah pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir.Tetapi kebanyakan mereka berpendapat bahawa jatuhnya Lailatul-Qadr ialah pada malam kedua puluh tujuh.

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: 
“Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”
Namun, dinasihatkan kepada semua jangan hanya menumpukan kepada satu-satu malam sahaja beribadah. Hendaklah berterusan ibadah kepada ALLAH setiap hari, dan diberi penumpuan yang lebih kepada 10 hari terakhir Ramadhan.

Beribadah dan Berdoa Pada Lailatul-QadrDiriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang beribadah pada malam al-Qadr kerana iman dan mengharapkan keridhaan ALLAH, diampunilah dosa-dosanya yang terdahulu.”
Diriwayatkan dari Aisyah radhiAllahu ‘anha oleh Ahmad, Ibnu Majah dan juga Turmudzi yang menyatakan sahnya, katanya:
“Saya bertanya, “Ya Rasulullah, bagaimana pendapat anda seandainya saya tahu malam jatuhnya Lailatul-Qadr itu, apakah yang harus saya ucapkan ketika itu?” Maka ujar Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Katakanlah: 
“Ya ALLAH, sesungguhnya ENGKAU maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah daku ini.”Mudah-mudahan kita semua memperolehi TAQWA, amin…



❤Ya Allah!❤

❤mari menjadi hamba & semoga Allah redha!❤





Sumber dari : ~CATATAN INDAHKU~





✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Hadith Puasa

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:
" Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah,
maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"

~HR Bukhari & Muslim~


Rasulullah SAW bersabda, 
daripada Abu Hurairah RA bermaksud:
"Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan
kerana iman dan mengharapkan keampunan darpada Allah SWT,
maka diampuni dosanya yang telah lalu"

~HR Bukhari~


Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada 
paras rupa dan harta bendamu
tetapi Allah hanya memandang kepada
niat hati dan amalan-amalan kamu"

~HR Muslim~

Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:
"Apabila datang bulan Ramadhan,
pintu-pintu syurga dibuka
manakala
pintu-pintu neraka di tutup,
syaitan dirantai"

~HR Bukhari & Muslim~

Rasulullah SAW bersabda, 
daripada Abu Ayyub al-Anshar RA bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan,
kemudian diiringi dengan puasa enam
di bulan Syawal,
maka demikian itu dia berpuasa setahun

~HR Muslim~





✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Sabtu, 4 Ogos 2012

Peristiwa Serajah Sepanjang Ramadhan

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Tahukah kamoo apakah peristiwa bersejarah yang pernah berlaku sepanjang bulan Ramadhan??Antaranya yang paling menarik sudah tentulah peristiwa turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Rasulullah SAW. Ia juga dikenali sebagai Nuzul Quran

Dan yang lainnya pula Perang Badar Qubra.Perang Badar merupakan peperangan pertama yang dilalui orleh umat islam selepas berhijrah ke Madinah. Dan beberapa lainnya seperti gamabr di bawah:-





✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Jumaat, 3 Ogos 2012

Keterasingan Islam

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Dari Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
"Islam bermula dalam keadaan terasing.
Ia akan kembali terasing seperti permulaannya.
Maka, berbahagialah untuk orang yang terasing."

~HR Muslim~

Wallahu 'Alam...





✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Khamis, 2 Ogos 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012/1433

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 





✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Jom Jadi Baik

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Dan ingat jualah, di bulan Ramadhan yang indah dan mulia ini, marilah kita bersama-sama dan beramai-ramai  mengimarahkan masjid dengan bersolat taraweeh berjemaah. Dan bukan hanya di bulan ini sahaja, tapi kalau boleh biarlah sepanjang hayat kita solat berjemaah selagi kita berkemampuan. InsyaAllah, Allah akan memberi kita pahala sesuai dengan kebaikan yang kita lakukan.. InsyaAllah...

Pesanan untuk kamoo yang sudi membaca, ingatlah hidup kita ini hanya sekali ini. Jadi manfaatkanlah kehidupan yang sedia ada ini sebaik-baiknya. Raihlah redha Allah.. 

Dan mahukah kamoo aku beritahu sesuatu??
Redha Allah tergantung pada redha ibu bapa, dan Murka Allah juga bergantung pada murka ibu bapa??
Sebagai anak yang baik, sebaiknya berbaktilah kepada ibu bapa selagi mereka masih bernyawa. 
Dan tahukah kamoo, doa ibu itu mudah untuk dimakbulkan oleh Allah?? Jadi untuk segala perancangan, haruslah kita sebagai anak meminta restu ibu bapa kita. InsyaAllah, Allah akan makbulkan..


Dan, bukankah Islam itu indah. Indahkan agamamu dengan perhiasan kecantikan berlandaskan Islam. InsyaAllah, Allah akan memberkati hidup kita. Jadi marilah kita bersama-sama berusaha untuk menambahkan iman dan mengurangkan berbuat dosa. Jom




✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Rabu, 1 Ogos 2012

Ustaz Ismail Kamus

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 





 Tika berbuka tu, jangan lah kamu makan sekenyang-kenyangnya.
Cukuplah sekadar dengan buah tamar atau air masak.



Islam itu indah,
lagi indah andai diserikan dengan cara yang betul



Bila jantung sudah berhenti
Kitalah yang jalan menemui Ilahi







 ✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH