♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:
" Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan kepada Allah,
maka sesungguhnya telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
~HR Bukhari & Muslim~
Rasulullah SAW bersabda,
daripada Abu Hurairah RA bermaksud:
"Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan
kerana iman dan mengharapkan keampunan darpada Allah SWT,
maka diampuni dosanya yang telah lalu"
~HR Bukhari~
Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada
paras rupa dan harta bendamu
tetapi Allah hanya memandang kepada
niat hati dan amalan-amalan kamu"
~HR Muslim~
Rasulullah SAW bersabda, bermaksud:
"Apabila datang bulan Ramadhan,
pintu-pintu syurga dibuka
manakala
pintu-pintu neraka di tutup,
syaitan dirantai"
~HR Bukhari & Muslim~
Rasulullah SAW bersabda,
daripada Abu Ayyub al-Anshar RA bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan,
kemudian diiringi dengan puasa enam
di bulan Syawal,
maka demikian itu dia berpuasa setahun
~HR Muslim~
✐ Tiada rupa seindah AKHLAK,
✐ Tiada hati seindah IMAN,
✐ Tiada hidup seindah ISLAM,
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan