doa untuk kekasih

Read With Your Language

Isnin, 30 Julai 2012

Zakat Fitrah

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 

TAKRIFAN / MAKSUD
Bahasa : bersih, suci, subur, dan berkembang.
Zakat Fitrah : zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu Muslim lelaki dan perempuan pada bulan Ramadhan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan

FADHILAT
1- Menampung kekurangan ibadah puasa
2- Membantu fakir dan miskin oada Hari Raya
~ Ibn Abas R.A berkata: " Rasulullah mewajibkan zakat fitrah sebagai menyucikan buat orang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan kata-kata keji dan sebagai makanan buat orang miskin. Sesiapa yang menunaikannya sebelum solat (hari raya) maka ia merupakan zakat yang makbul. Sesiapa yang menunaikan selepas solat, maka ia dikira sedekah."~
-HR Abu Daud-

~ Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud "Kayakanlah mereka (fakir miskin) daripada meminta-minta pada hari ini (hari raya)~
- HR al-Daruqutni-

KEWAJIPAN SIAPA?
1- Setiap Muslim, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, kecil atau besar.
2- Penjaga wajib mengeluarkan zakat bagi orang yang di bawah tanggungannya seperti isteri, anak-anak kecil dan hambanya.

KADAR
Segantang makanan ruji tempatan (beras, gandum, jagung dsb) dengan kiraan hari ini bersamaan timbangan metrik 2.6 kg (2600 g)

WAKTU
Waktu mula diwajibkan ialah sebaik sahaja malam pertama Ramadhan.
Waktu menunaikan:
1- Waktu Afdal : Sebaik sahaja terbitnya matahari 1 Syawal hingga sebelum solat Eid (hari raya) hendak didirikan.
2- Waktu Harus : Sepanjang bulan Ramadhan
3- Waktu Makhruh : Selepas solat Eid hingga sebelum terbenam matahari 1 Syawal
4- Waktu Haram : Selepas terbenam matahari ! Syawal

PENERIMA
Mana-mana Asnaf yang 8:
Fakir, Miskin, Amil (pemungut zakat), Orang Berhutang, Hamba, Fi Sabulillah & Ibn Sabil.



Sumber dari Majalah al-Ustaz



✐ Tiada rupa seindah AKHLAK,
✐ Tiada hati seindah IMAN,
✐ Tiada hidup seindah ISLAM,
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Info Hadith #1

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Celaka sungguh orang yang mendengar namaku disebut,
tapi tidak berselawat ke atas aku.
Celaka sungguh orang yang sempat bersama Ramadhan
dan berlalunya bulan itu
tapi tidak mendapat keampunan.
Celaka sungguh orang yang berkesempatan berbakti
kepada kedua-dua orang tuanya,
tetapi tiada dimasukkan ke syurga"

-HR Ahmad-


Sumber dari Majalah al-Ustaz






✐ Tiada rupa seindah AKHLAK,
✐ Tiada hati seindah IMAN,
✐ Tiada hidup seindah ISLAM,
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Jumaat, 20 Julai 2012

Pengisian Sepanjang Ramadhan

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 


Mahukan kamoo, kalau aku kongsikan sedikit aktiviti yang boleh kamoo lakukan sepanjang hari sepanjang bulan Ramadhan ini???




WAKTU SIANG

Bermula Dari Pukul 5 Pagi – 5 Petang

SAHUR – Penghujung Malam
5am - Sahur + MNiat - GHURUB Tatkala matahari tenggelam 

FAJAR – Pancaran Matahari Terbit
6am : Solat Subuh Berjemaah

SYURUK – Terbit Matahari
7am : Membaca al-Quran

DUHA – Antara terbit Matahari Hingga Matahari Tegak
8am ↔ 10am : Solat Duha
9am - 12pm :Bekerja, Belajar, Bertugas, Berkhidmat dll. Niatkan sebagai Ibadah

ISTIWA’ – Matahari Tegak atas Kepala
12pm – 1pm : Tidur Qailullah

ZUHUR – Setelah Gelincir Matahari
1pm – 2pm : Solat Zuhur
2pm : Tadarus, Mendengar Tazkirah dan sebagainya.

ASAR – Matahari Condong ke Barat
4pm - 5pm : Solat Asar




WAKTU MALAM

Bermula dari Pukul 7 Malam Hingga 6 Pagi.
7pm ↔ 8pm : Berbuka puasa dan Solat Maghrib
8pm ↔ 9pm : Solat Isyak
9pm ↔ 10pm : Solat Tarawih, Solat Witir
10pm ↔ 11pm : Baca al-Quran atau Bertadarus
11pm ↔ 12am : Niat Berpuasa Sebelum Tidur
12am ↔ 3am : Tidur
3am ↔ 4am : Bangun Tidur (Bersihkan Diri) – Iktikaf – Solat Tahajud, Solat Taubat, Solat Tasbih dan lain-lain
4am ↔ 5am : Tafakur, Zikir, Baca al-Quran
5am ↔ Waktu Imsak : Bersahur + Niat Puasa
6am : Solat Fardhu Subuh




Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 34
Di kongsi oleh Izinkan Saya Share




✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Khamis, 19 Julai 2012

Baik vs Benci

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 





✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Salam Ramadhan



♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 




RAMADHAN HAMPIR TIBA, PASTIKAN :
☑ Setting Niat
☑ Upgrade Iman
☑ Download sabar
☑ Delete Dosa
☑ Approve Maaf
☑ Search Pahala. 

Are You Ready for Fasting

Salam Ramadhan untuk semua reader dan seluruh umat Islam yang berada di dunia ini amnya, semua warga Malaysia khususnya dan keluarga ku khasnya... Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan ramadhan pada tahun 1433 H.. Harapan semoga ibadah & amalan kita diterima oleh Allah S.W.T...Aminnnn...

Sedikit perkongsian dari abang Syaba Musafir Kasih / Muhammad Rusydee pasal sahur... Jangan lupa sahur time puasa. Sahur pun ada fadilatnya juga. Tahukah kamoo, kejutkan orang bangun dari tidur untuk bersahur juga mendapat pahala? So, apa lagi, awal la bangun sahur dan kejutkanlah saudara-saudara kamoo untuk bersahur bersama-sama...Tapi bangun tu jangan la sahur seawal 1 @ 2 pagi sebab masa tu baru nak tido. So alang-alang dah lewat baek tido terus. No, tak boleh.. Bukankah lebih afdal andainya sahur itu dilewatkan sesuai dengan sunnah Nabi Muhammad S.A.W?? Dan jangan pula melewatkan sahur hingga azan subuh berkumandang. Boleh jadi puasa tersebut tidak diterima.. Wallahu A'lam...


Sahur itu Penting

Tiba-tiba teringat satu artikal mengenai waktu makan ketika berpuasa. Tapi maaflah, aku terlupa banyak tentang artikal yang aku pernah baca tuh. Apa yang aku ingat apabila kita berbuka, itu ibarat makan waktu sarapan (breakfast) moreh itu macam makan tengah hari (lunch) dan sahur itu ibarat makan malam (dinner).

Jadi nanti, pabila berbuka puasa, sediakanlah makan sesuai dengan menu waktu sarapan...
Moreh sesuai dengan makan tengah hari dan menu makan sahur sesuai dengan menu makan malam...Yang biasanya kita lakukan pada hari-hari biasa bukan waktu puasa..
(Kalau isi ini salah, aku minta maaf sangat-sangat sebab aku terlupa banyak pasal artikal ni)


Puasa itu juga menahan diri dari sifat amarah yang membara
Dan tahukah kamoo, selain menahan lapar dan dahaga, juga perkara-perkara membatalkan puasa, kita juga perlu menjaga sifat amarah yang juga sifat kesukaan setan pada umat manusia.. Setan suka taw orang yang tak mampu untuk menahan amarahnya.. 


Dan tahukah kamoo kekuatan seseorang manusia itu bukan dari berat berat beban yang dibawanya, atau berapa berat yang dia mampu pikul tetapi berapa lama dia mampu menahan amarah yang ada padanya saat dia lagi marah??


Boleh jadi kamoo mampu mengangkat beban melebihi 100kg. Mungkin juga kamoo mampu untuk memusnahkan sebiji batu berkapasiti berat 100kg. Tapi andai kata kamoo tidak mampu untuk mengawal emosi amarah kamoo, kamoo tidak sekuat mana pun.. Jadi belajarlah mengawal amarah kamoo.. Dan bulan puasa inilah waktu yang sesuai untuk kamoo traning belajar bersabar... :)

Dan gambar di bawah ini adalah sekilas pandang mengenai puasa ramadhan...

Jangan hanya berpuasa, tapi tak menunaikan perkara wahib lainnya
Hukum puasa di bulan itu adalah wajib ke atas umat islam yang cukup syaratnya..

Syarat berpuasa pula adalah 
1) Muslim / Islam
2) Berakal (orang gila tidak wajib baginya berpuasa)
3) Akil Baligh 
4) Suci dari hadas
dan ada beberapa lagi...

Rukun Puasa
Berniat  ( Sahaja Aku berpuasa dalam bulan ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala) antara bacaan niat yang dibolehkan... Wallahu A'lam
Menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajr hingga terbenam matahari.. (bermula laungan azan "Allahu Akhbar" solat subuh hingga laungan azan "Allahu Akhbar" solat magrib.. Wallahu A'lam

Tahukah kamoo apakah perkara yang membatalkan puasa??
Benda ni ada dalam gambar di atas.. Sila rujuk...Tapi perkara penting yang semua orang akan ingat ialah makan dan minum dengan sengaja.. Tapi mesti orang tertanya-tanya kalau tak sengaja macam mana? Kalau tak sengaja dan makanan itu masih tersisa, ustazah aku cakap time kat sekolah dulu, puasa tetap sah tapi jangan laa sambung makan pula. Maknanya buanglah sisa makanan tu. Hentikanlah makan. Jangan diteruskan pula, kalau diteruskan makan maka puasa itu automatik akan terbatal... Wallahu A'lam

Sunnah apa pula yang Rasulullah S.A.W selalu buat ketika berpuasa dahulu??
Macam yang taip di ataslah. Bersahur. Sahur itu sunnah. Bukankah melakukan sunnah dapat pahala?? Dan tahukah kamoo bahawa melewatkan waktu bersahur dan mempercepatkan waktu berbuka itu juga dikira sunnah dan mendapat pahala sunnah?? Jadi janganlah bersahur di awal malam sebab tidak mengikut sunnah dan lagi berkemungkinan kamoo akan cepat lapar di siang hari...

Kebiasaan yang biasa orang buat

Dan kebiasaannya orang, hanya berpuasa tapi tak mengambil berkat puasa tu. So gambar di atas adalah antara kebiasaan yang dilakukan orang umat Islam sekarang terutama di Malaysia khusnya mungkin aku pun tergolong dalam kalangan yang mengabaikan fadhilat berpuasa itu.. Oleh itu, bermula dari sekarang, jom ramai-ramai pakat ubah kebiasaan yang negatif itu kepada kebiasaan yang pasitif dan memberi pahala kepada kita.. InsyaAllah....





✐ Tiada rupa seindah AKHLAK,
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Selasa, 17 Julai 2012

Selamat Datang ya Ramadhan



♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 

Selamat Datang Ya Ramadhan

Memang tak sabar menanti Ramadhan

Ramadhan bakal datang bersama keluarga ibadahnya


Jom Traning Puasa



Jom Santai Tika Berpuasa 


Ganjaran Setelah Kamoo Berpuasa nanti


Bak kata Ustaz Azhar, Ganjaran Allah tak pernah murah... Semoga ganjaran yang Allah bagi kita mahal setimpal dengan ibadah yang kita lakukan. InsyaAllah.. Amin...


✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Berkata Benarlah Kamoo

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥





Kebenaran itu walaupun pahit, tetap di telan jua...
Pembohongan itu walaupun indah, tetap rasa kelat jua...



✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Isnin, 16 Julai 2012

Nisfu Syaban via UAI

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 





Masihkah anda ingat akan entry tentang Nisfu Syaban yang aku update dulu.. Kalau x ingat sila klik ini untuk membaca lagi.. Entry tu kan pasal hadith palsu yang wujud d facebook dan beberapa pencerahan daripada beberapa ilmuan agama seperti Ustaz Azhar & Dr. MAZA...

Dan entry kali ini adalah perkongsian daripada page Short Note UAI  di facebook.




Nota Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Malam Nisfu Syaaban di Surau Haji Wan, Losong, K.Terengganu. (4/7/2012)


Tajuk: "Tafsir surah Yasin"


1. Malam Nisfu syaaban adalah malam separuh bulan,keesokkannya 15 hari lg sebelum menjelangnya Ramadhan,datang dr satu hadis maudhu' iaitu pada malam nisfu syaaban Allah Taala membuka pintu RahmatNya dan memberi keampunan kpd hambaNya.


2. Hadis dhaif hanyalah hadis yg lemah,tp boleh diguna bg kita utk mencari kelebihan atau mengemarkan kita pada sesuatu ibadat.


3. Tidak disebut dgn khusus apakah amalan yg perlu dilakukan pada malam nisfu syaaban,yg pasti semua amalan yg baik akan dapat ganjaran pahala dari Allah,apa yg Allah bayar tiada yg murah.


4. Buatlah apa saja amalan kebaikkan pada malam ini,nak baca surah Yasin boleh,nak tahlil boleh,nak ceramah agama atau solat sunat pun boleh,semuanya dpt kelebihan.


5. Jika di surau ini,pada malam ini kita akan baca tafsir surah Yasin,tak semestinya kena baca surah Yasin 3 kali,mu nak bace jugok blk rumah mu karang bace!


6. Ayat yg ke 48 surah yasin dan seterusnya..apabila kita baca ayat ini Allah Taala ingatkan kita pada penentang-penentang agama Allah.


7. Dulu puak-puak musyrikin Mekah,sekarang musyrikin yg baru pulak timbul,musyrikin yg berhidung kemek iaitu melayu..buat menganjing je pada hukum Allah,duk persoal hari kebangkitan,dosa dan pahala.


8. Bila orang tegur,dia m,jawab "syurga tu mu ke yg tentukan,dose pahala ni mu ke yg tkg beri!" persoal apa yg dilarang dan apa yg disuruh Allah.


9. Bila dengar ayat ini patuhlah kita pada Allah,yakin kita ni akan mati dan akan dibangkitkan di padang Masyar,beriman pada perkara yg belum berlaku.


10. Komunis sendiri percaya mereka akan mati,sebab mati ini b,laku didepan mata,tp mereka tak percaya pada hari kebangkitan kerana tidak nampak pada mata mereka.


11. Tapi kita ni bukan komunis,apa saja yg Allah bagitau wajiblah kita beriman.


12. Jangan sesekali menganjing pada perkara agama,jgn pertikai hukum Allah,taat dan patuh serta percayalah pada Allah.


13. Kita hidup atas dunia ni byk perkara halal dari yg haram,tp masih ramai yg memilih perkara yg haram..


14. Di sebut dalam hadis,yg merasa azab kiamat besar seperti runtuhnya langit hanyalah org kafir dan org munafik saja.Org yg beriman hanya hadapi kiamat kecil iaitu
kematian sbelum kiamat.Org beriman akan dimatikan sebelum diruntuhkan langit,masa itu b,gembiralah org kafir bila melihat org beriman tiada lg diatas dunia ketika itu.


15. Dunia ini diciptakan sebelum Nabi Adam diciptakan,dahulu penghuninya adalah dikalangan jin yg suka menumpahkan darah serta haiwan seperti dinasour.


16. Sebab itu binatang dahulu kala besar-besar sesuai dgn keadaan jin yg besar-besar..bila diturunkan Nabi Adam ke dunia Allah hapuskan dinasour dan dihalau jin-jin ke hutan serta lautan.


17. Allah Taala ciptakan sesuatu makhluk sesuai dgn sesuatu zaman itu..Maha BijaksanaNya Allah Taala.


18. Semua zaman adalah dlm perancangan Allah,Yakinlah dgn sesebenar yakin..dan yakinlah Imam Mahadi yg akan diturunkan Allah utk hapuskan bangsa Yahudi.


19. Walaupun Imam Mahadi belum diturunkan lagi kita perlu teruskan perjuangan menentang yahudi,kita akan akan dihimpunkan dibawah satu bendera kelak,Imam Mahadi akan hapuskan semua bangsa yahudi dan selepas itu barulah diturunkan Dajjal.


20. Dajjal bukanlah lawan Imam Mahadi maka Allah pun turunkan Nabi Isa a.s utk membunuh Dajjal.


21. Kita tak perlu kaji dimana imam mahadi akan muncul atau bila Nabi Isa akan diturunkan yg penting kita teruskanlah p,juangan dan ikut apa yg disuruh Allah,Siapa yg jaga agama Allah maka dia akan dijaga Allah dulu,kini dan selamanya.


22. Dalam Negara kita dibina kilang arak yg t,besar,tempat judi terbesar,disko-disko dan tempat-tempat maksiat..takde larangan pun dr kerajaan,tp kalau pasal agama,sampai pkul 12 je,lebih sikit je wat lari microphone slalu..tutup bekalan letrik!!hok ni lah anak beranak dajjal!.


23. Hak mana yg nakkan maksiat dan tolak agama serta tak hadir ke surau masjid utk belajar agama adalah anak cucu dajjal!.


24. Bila ditiup sengkakala oleh malaikat Israfil,habis semua sekali mati mengejut,musnah hancur binasa..Bila tiupan kali kedua semua sekali manusia dibangkit dr kubur dgn cepat.


25. Disebut dalam hadis jarak antara tiupan sengkakala yg pertama dan kedua adalah selama 40 tahun.


26. Tiada kerajaan atas alam ini yg boleh b,tahan lama b,banding kerajaan Allah..walau sehebat mane pun,semuanya akan hancur lebur.


27. Semua akan dibangkitkan dipadang masyar,sebab itu Allah ingatkan kita pada musim haji iaitu berkumpul dipadang arafah..ni gop gi haji doh tp mcm tak gi haji,blk haji lawan islam,lawan hukum hudud dan lawan jemaah islam.


28. Hari kiamatlah hari yg paling ditakuti oleh para Nabi,para makhluk dan binatang yg tiada akal sekalipun.


29. Haiwan tahu tentang hari kiamat,mereka sentiasa b,doa setiap kali hari jumaat agar tidak berlaku lg kiamat,mereka tahu tentang hebatnya hari kiamat.


30. Di negeri kita kerajaan sewenangnya guna harta rakyat,tidak takut pd hari pembalasan,sanggup beli angsa 40ribu sekor,sampai nak cat pembahagi jalan pun dah takdok duit,kawasan hulu2 sikit takde lampu jalan..salah guna harta rakyat.


31. Pada hari akhirat nanti tiada seorang pun yg akan dizalimi,melainkan dibalas sesuai dgn perbuatan yg mereka lakukan didunia,jika ada kebaikkan walau sebesar zarah sekalipun maka tetap akan dibalas Allah.


32. Sesungguhnya ahli-ahli Syurga pd hari ketika dimasukkan kedalam syurga akan mencari segala kelazatan yg ada didalamnya yg tak terfikir dalam fikiran..


33. Sebab itulah juga para mujahiddin sanggup pecah perut dan pecah kepala hadapi kereta kebal musuh islam kerana balasan yg diterima adalah syurga,keindahan dan kelazatan didalam syurga tak mampu difikirkan didalam hati,betapa hebatnya syurga yg Allah ciptakan.


34. Nak masuk Syurga cukup mudah,taat perintah Allah dgn sebenar-benar taat,solat 5 waktu,cari ilmu agama walau sesibuk mane pun kita..lepas tu pilihlah pemimpin yg perjuangan agama,sokong alim ulama.


35. Didalam syurga tiada lg perjuangan,tiada lg solat dan kesusahan,bersuka ria sepanjang masa,Nabi kata org yg paling sikit dapat bidadari dlm syurga adalah seramai 70 orang.


36. Didalam syurga isteri kita kat dunia tak akan cemburu pada bidadari yg ada bersama kita,isteri kita akan marah pulak kalau kita tak b,sama bidadari.


37. Orang puang lg mudoh nak masuk Syurga berbanding lelaki,taat pada Allah,taat pada suami,jg solat,jg puasa..boleh pilih pintu syurga mane nak masuk..


38. Jangan bercakap kasar dgn suami,layanlah suami dgn baik..ckp lembut-lembut,org puang boleh nak marah suami..tok laki blk karang pggl masuk bilik!lepas tu marah kuat-kuat! "abang!!kenapa abg buat saya mcmni!!kenapa tak bg madu pada saya!!saya nak madu!! :D






✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Jumaat, 13 Julai 2012

Cara Mudah Solat Istikharah by UAI

♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



ehsan daripada : Muhammad Rusydi

Nak tengok versi video pun ada.... Just Click Here






✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ Tiada hati seindah IMAN, 
✐ Tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Selasa, 10 Julai 2012

Andai Jodohku



♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 



Bukan diriku.........

“Awak, saya nak bagitahu awak sesuatu”

“Ya? Apa dia?”

“Saya suka kat awak, sungguh, hati saya meronta untuk mengatakan cintakan awak”

“……….”

“Awak?”

“……….”

“Kenapa awak diam?”

“Maaf”

“Untuk?”

“Saya telah berpunya dan saya cintakannya”

“Hmm.. Siapakah si dia itu?”

“Jodoh saya”

“Jodoh awak? Siapa? Takkan tak bernama?”

“Saya tak kenal dia, tapi saya dah jatuh cinta dengan dia”

“Bagaimana awak jatuh cinta dengan dia sedangkan awak tak kenal dia?”

“Kerana ianya telah tertulis di luh mahfuz, dia jodohku. Jodoh yang tak diketahui”

“Kalau begitu, izinkan saya menjadi jodoh awak”

“Saya tak dapat, maaf”

“Kenapa? Apa yang kurang pada saya?”

“Tiada kurangnya, tiada cacat celanya”

“Jadi, kenapa awak tidak mahu saya menjadi jodoh awak? Saya cintakan awak keranaNya”

“Betulkah? Saya tak percaya”

“Kenapa saya harus tipu dengan wanita yang sentiasa saya rindu?”

“Ayat awak telah menjelaskannya, bahawa awak bukan cintakan saya keranaNya”

“Ayat saya? Yang mana satu?“

“Rasulullah telah bersabda : “Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)”

“Kalau saya dah cinta awak, takkan saya nak pendam?”

“Itulah sebaiknya, kerana syaitan sentiasa mencari jalan mencemarkannya. Simpanlah cinta itu untuk jodohmu”

“Tapi, saya tetap nak menjadi jodoh awak. Bagaimana harus saya menjadi jodohmu? Awak belum lagi memberi izin untuk diri ini menjadi teman hidupmu”

“Maaf, bukan diriku, yang berhak memberi izin adalah waliku, jika benar ingin menjadi jodohku, kepada waliku diri ini berserah”

(Si lelaki memahaminya, lalu berlalu pergi)

ori (Abdul Fariq Al Joofre,Aqil)









✐ Tiada rupa seindah AKHLAK, 
✐ tiada hati seindah IMAN, 
✐ tiada hidup seindah ISLAM, 
✐ tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Isnin, 9 Julai 2012

KISAH IMAM SUYUTI


♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥ 




(Hebat Karamah Yang Allah Anugerahkan Kepadanya)

Nama sebenarnya: Abdul Rahman bin Abu Bakr As-Suyuti

Imam As-Suyuti atau disebut Imam Sayuti terkenal kerana alimnya dalam ilmu Hadis sehingga beliau digelar ‘Syeikhul Hadis’. Di samping itu beliau juga terkenal sebagai seorang yang diberi oleh Allah banyak Karamah.

Kelebihan Imam Suyuti dalam ilmu Hadis menyebabkan beliau sering difitnah oleh orang-orang yang menaruh hasad terhadapnya.

Di Mesir, beliau pernah memberi fatwa yang tidak disenangi oleh beberapa orang yang merasa bersalah akibat fatwanya itu. Mereka menghasut supaya beliau disakiti. Seorang lelaki telah memukulnya dan melemparkan beliau ke dalam sebuah kolam bersama pakaiannya.

Imam Suyuti kemudian meninggalkan Mesir dan enggan datang lagi ke negeri itu, sementara orang yang memukulnya hidup melarat dan merasa lapar sepanjang waktu. Dia sentiasa berhutang dengan orang lain untuk membeli makanan, tetapi tidak berdaya membayar hutangnya. Setiap hari orang datang mengetuk pintunya menagih hutang, namun dia masih berhutang dengan orang lain.

Ada sekumpulan orang hendak menguji Karamah Imam Suyuti, lalu mereka meminta beliau menyatakan (menerusi kasyafnya) apa yang akan terjadi pada seorang penguasa daerah yang terkenal zalim terhadap rakyat di daerah itu.

Imam Suyuti berkata, penguasa yang zalim itu pada sekian hari akan terbunuh dan akan diganti dengan orang yang namanya fulan bin fulan.

Denagn niat buruk, mereka menyampaikan ramalan Imam Suyuti itu kepada penguasa yang zalim itu hingga penguasa itu memerintahkan orang-orangnya mencari Imam Suyuti untuk dihukum bunuh.

Tetapi Imam Suyuti berjaya meluluskan dirinya dan tidak dapat dikesan selama 40 hari hingga penguasa yang zalim itu sendiri terbunuh dan diganti dengan penguasa yang lain.

Syeikh Najmul Ghazi meriwayatkan dari seorang khadam Imam Suyuti yang bernama Muhammad bin Ali Al Hibak yang bercerita bahawa Imam Suyuti pernah berkata kepadanya : ‘Aku akan bawa engkau ke Masjid Al Haram untuk bersembahyang Asar, dengan syarat engkau tidak memberitahu sesiapa tentang hal ini sepanjang hayatku.’

Khadam itu bersetuju mematuhi syarat tuannya itu. Maka Imam Suyuti pun memegang tangannya dan menyuruh dia memejamkan matanya. Kemudian dia ditarik oleh Imam Suyuti berjalan sejauh 27 langkah. Kemudian beliau disuruh membuka matanya.

Kata khadam itu : ‘Masa aku membuka mata, aku lihat kami sedang berada di Ma’la dekat kuburan Siti Khadijah. Kami menziarahi kuburnya dan kubur Imam Fudhail bin Iyadh dan Sufyan bin Uyainah. Kemudian kami masuk ke Masjid Al Haram dan tawaf serta minum air Zam-zam. Bila sampai waktu Asar kami pun sembahyang Asar berjama’ah.

Kemudian Imam Suyuti berkata : ‘Perjalanan kita dari Mesir ke Makkah ini tidak menghairankan. Lebih hairan, ada seorang Mesir yang duduk hampir dengan kita tapi tidak mengenal kita’.

Imam Suyuti berkata : ‘Sekarang tugas kita di sini telah selesai. Jika kamu mahu tinggal di sini saya izinkan.’ Tetapi khadamnya lebih suka untuk pulang. Lalu Imam Suyuti memegang tangannya dan membawa dia berjalan tujuh langkah sambil memejamkan matanya.

Bila dia membuka matanya, dilihatnya mereka sedang berada di daerah Juyusyi, di kota Khahirah. Dia mengikut Imam Suyuti ke Masjid Ibnu Tulun dengan menunggang keldainya.

Salah seorang murid Imam Suyuti bernama Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili meriwayatkan bahawa Imam Suyuti pernah berkata : ‘Aku pernah berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga (bukan dalam mimpi). Aku dipanggilnya : ‘Wahai Syeikhul Hadis!’ Dan aku pernah bertanya : ‘Ya Rasulullah s.a.w. apakah aku termasuk ahli syurga?’ Rasulullah menjawab : ‘Ya benar.’ Aku bertanya lagi : ‘Tanpa diseksa dahulu?’ Baginda menjawab : ‘Ya, sesuka hatimu.’

Syeikh Abdul Qadir As-Syadhili pernah bertanya : ‘Wahai tuan guru, berapa kali tuan berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga?’ Imam Suyuti menjawab : ‘Lebih 70 kali.’

Imam Suyuti wafat di Kaherah, Mesir tahun 911 Hijriyah



Sumber :  Facebook.com



✐ Tiada rupa seindah AKHLAK,
✐ Tiada hati seindah IMAN,
✐ Tiada hidup seindah ISLAM,
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH

Sabtu, 7 Julai 2012

JANGAN dalam Islam.. according UDD



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم






»» JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.


»» JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


»» JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna


»» JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


»» JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


»» JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


»» JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.


»» JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.


»» JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.


»» JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.


»» JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.


»» JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


»» JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.


»» JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


»» JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


»» JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.










Tiada rupa seindah AKHLAK,
tiada hati seindah IMAN,
tiada hidup seindah ISLAM,
tiada cinta sesuci CINTA ALLAH


Khamis, 5 Julai 2012

Nisfu Syaban


Hari ni di facebook banyak betul orang cerita pasal Nisfu Syaban. Terutamanya tentang satu hadith yg diwar-warkan dalam facebook..

Ni hadith palsu yang berlegar di ruang legar FB

So, ada beberapa tokoh agama yang boleh dipercayai telah meleraikan tentang isu nie...Antaranya Ustaz Azhar Idrus & Prof MAZA dan beberapa lagi....

Ustaz Azhar Idrus....UAI - Malam Nisfu SyabanSandiwara Nisfu Syaban

Prof Maza.....Khilaf S11 : Malam Nisfu Syaban....Kesahihan Amalan dan Fadilat Syaban

Ustaz Abdul Kadir al Jofree....Ibadah Nisfu Syaban


Di bawah nie ada lagi pencerahan lainnya tentang Nisfu Syaban...







Walaupun hadith kononya menyatakan "Rasulullah s.a.w bersabda ; Barang siapa yang mengingatkan sesama kita tentang kedatangan bulan ini (Syaban) maka haram baginya neraka" itu hanya hadith paslu..

Tapi ingatkah kamu apabila kita mengingati, menasihati atau memberitahu seseorang untuk melakukan sesuatu yang baik, kita juga akan mendapat pahala. Apatah lagi dia melakukan kebaikan yang kita beritahu kepadanya???

Dan haruslah kamu ingat, kan, Apabila kamu menyuruh seseorang melakukan kejahatan dan dia melakukan maka kamu juga akan mendapat tempias dosanya???

Jadi tak salah rasanya kalau kita sama-sama mengingat setiap orang untuk melakukan kebaikan. Cuma janganlah masukkan hadith atau nas-nas palsu dalam bicara kita andai kita sendiri belum tahu kesahihan hadith tersebut.

Tahukah kamu apakah peristiwa yang berlaku pada bulan Syaban suatu ketika dahulu???