♥بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
Ini pesanan Ustaz Don Daniyal sebelum dia berangkat ke Tanah Suci Mekah & Madinah untuk menunaikan ibadah haji. Tahun ni, rezeki ustaz Don murah sangat. Alhamdulillah. Dua kali pergi umrah dan kali ni menunaikan haji pula. Semoga ustaz mendapat Haji yang mabrur, Sai yang masykur, Dosa yang maghfur dan Tijaratan lan tabur. Amin
******
Bismillahhir Rahmannir Rahim
Assalamualaikum wa rahmatulLah,
Ashhadu alla ilaha illaAllah
wa ashhadu anna MuhammadarrasululLah.
amma ba'du
Jagalah hubungan sesama kita dan hubungan silaturrahim kerana inilah antara pesanan baginda Nabi SAW kepada kita di dalam saat-saat akhir baginda akan meninggalkan kita. umat Islam sudah semakin kuat bergaduh dan berpecah atas perkara-perkara yang kecil. janganlah kerana perkara yang boleh dirunding dan berbincang membawa kepada hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri kita sebagai makhluk yang mulia yang Allah cipta. Mudah-mudahn peringatan sedikit ini berguna dan bermanfaat buat diri ku ini dan semua.
Adapun tulisan ini daku tulis atas dasar mengikut sunnah Baginda Nabi SAW sebelum bermusafir iaitu menyelesaikan sebarang hutang sama ada hutang harta atau perasaan yang terguris dan sebagainya.
sbb semua kita maklum, DOSA dan KESALAHAN dengan ALLAH SWT maka pohon ampun dan taubat, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penerima Taubat. tetapi DOSA dan KESALAHAN sesama MANUSIA tidak akan selesai dengan yang demikian itu, melainkan dengan memohon maaf dan halal dari saudara atas yang demikian ituuuu..
maka dengn itu, daku ingin mulakan perjalanan yang baik ini iaitu pergi mengerjakan ibadah haji(mudah2an Allah menerima amalan ku ini) dengan permulaan yang baik.
dengan itu, maaf dan ampun dipinta buat semua yang mengenali diri ini dari hujung rambut sampai hujung kaki. halalkan makan minum, ilmu dan sebagainya yang biasa berkongsi.
bagi mereka yang ada berhutang dengan diri ku ini dan daku tak ingat pun dia ada berhutang dengan ku , maka Aku HALAL kan akan dia hutang itu. maka bagi yang aku teringat dan aku tulis dalam wasiat ku, maka langsaikanlah ia, agar ia menjadi manafaat bukan utk aku tetapi buat keluarga ku bila aku tiada nanti..
Tolong doakan daku dan semua yang mengerjakan haji pada tahun ini agar dikurniakan
Haji yang mabrur
sai yang masykur
dosa yang maghfur
dan tijaratan lan tabur
amiiin...ya Rabb al-'alamin
kerana sabda Nabi SAW
"haji yang mabrur tiada balasan yang lain melainkan Syurga"
itulah yang diidamkan oleh setiap manusia termasuklah diri ku ini.
Allahul musta'ana 'ala ma tasifuun
al-faqir ila Rabb al-'alamiin
Bandar Seri Putra
Zulqaedah 1433H
![]() |
| Sewaktu menunaikan umrah pertengahan tahun ni (2012) |
*****
✐ Tiada rupa seindah AKHLAK,
✐ Tiada hati seindah IMAN,
✐ Tiada hidup seindah ISLAM,
✐ Tiada cinta sesuci CINTA ALLAH
